Jumat, 31 Januari 2014

Wanita bahagia kena penjara

Saya tidak menyesal dipenjarakan sebaliknya berasa gembira dan tenang di sini kerana mampu mendekatkan diri kepada Tuhan.” - Zulaika

TAPAH – Seorang wanita merasakan ‘bahagia’ dipenjarakan setelah didapati bersalah mendera anak tirinya berusia lima tahun hingga cedera dua tahun lalu.

Bahagia dirasai seorang banduan penjara Tapah yang mahu dikenali sebagai Zulaika, 40, adalah apabila sikap ringan tangannya mengayun rotan kini dipenuhi aktiviti kerohanian dan mendalami ilmu agama.

Zulaika dihukum penjara tujuh tahun selepas jiran-jirannya membuat laporan polis berhubung tindakannya mendera dua anak tirinya akibat masalah kewangan dan rumah tangga.

Menurutnya, dia melahirkan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk berubah menjadi baik melalui hukuman penjara yang dilaluinya.

“Sempena awal Muharram ini, saya mahu menjadi ibu terbaik buat anak-anak selepas keluar dari penjara ini selepas ditangkap dan dihukum penjara bermula tahun 2012. Sekurang-kurangnya saya dapat mengubah sikap panas baran saya ini.

“Sejujurnya, saya rasa bersalah dengan anak-anak kerana kekurangan didikan agama sehingga tergamak memukul anak tanpa belas kasihan dengan menggunakan pelbagai objek keras,” katanya.

Menurutnya, masa yang dimiliki kini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti keagamaan termasuk mengaji al-Quran, mendalami ilmu fardu ain, ceramah agama dan pelbagai program ilmuwan.

“Saya tidak menyesal dipenjarakan sebaliknya berasa gembira dan tenang di sini kerana mampu mendekatkan diri kepada Tuhan,” katanya.

Pengarah Penjara Tapah, Abdul Halim Mahasan, berkata,  selain pengisian program agama, pihaknya turut mementingkan ikatan kekeluargaan antara banduan dan ahli keluarga masing-masing di luar tembok penjara.

“Pelbagai program diatur dan terbaru sekali adalah program Program Jalinan Kasih Penjara Tapah Sempena Aidiladha pada minggu lalu yang disertai oleh lebih 100 keluarga tahanan.

“Melalui program seumpama itu, tahanan dibenarkan menemui ahli keluarga dalam suasana mesra selain disajikan pelbagai hidangan lazat oleh pihak penjara,” katanya.

Beliau berkata, aktiviti seumpama itu disifatkan sebagai salah satu program pemulihan bagi menyampaikan mesej kepada banduan bahawa ahli keluarga berharap mereka kembali ke pangkal jalan dan hidup bersama masyarakat.

“Saya yakin program seumpama ini termasuk Sambutan Hari Ibu, sambutan Tahun Baru Cina dan Deepavali serta hari penting lain mampu dijadikan dorongan untuk tahanan di penjara ini berubah,” katanya.
Read More..

Kamis, 30 Januari 2014

Adakah Anda Perasan Akan Perkara Ini

Salam 1 Malaysia,


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci dan cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.



original source : carigold
Read More..

Rabu, 01 Januari 2014

Patung kaki Keluarga tetap ambil tindakan


ALOR SETAR - Keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak tetap akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap pihak yang tidak bertanggung jawab menggantungkan patung kaki kudung tertera perkataan ‘Kaki Azizan’, ketika kempen PRK Dun Sungai Limau.
Anak kelima Allahyarham, Muhammad Rafi’iy Azizan berkata, biar pun Pas mengekalkan kemenangan di Dun Sungai Limau, pihaknya tidak berhasrat membatalkan tindakan perundangan itu supaya menjadi pengajaran pada masa depan.
“Provokasi itu tindakan melampau dan keterlaluan, disebabkan itu kita tetap teruskan tindakan mengikut prosedur perundangan. Laporan polis juga sudah dibuat dan buat masa ini, kita sedang menunggu hasil siasatan sebelum ambil tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, pihaknya telah melantik peguam, yang juga anak Allahyarham, iaitu Ahmad Faiq untuk mengendalikan kes itu.
Pada 2 November lalu, penduduk setempat dikejutkan dengan kewujudan patung tanpa kaki oleh pihak tidak bertanggungjawab, yang dikesan di tiga lokasi iaitu berhadapan Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN Bukit Besar, Kampung Titi Batu dan Simpang Tiga Sungai Limau Luar digantung pada kabel elektrik.
Mengulas kemenangan Mohd Azam Abdul Samat menggantikan tempat bapanya sebagai Adun Sungai Limau, Muhammad Rafi’iy berkata, kemenangan itu menunjukkan masyarakat di Dun Sungai Limau mahukan tokoh ulama sebagai wakil rakyat.
“Saya sangat bersyukur atas kemenangan Mohd Azam kerana beliau mewakili Pas. Ini pastinya isyarat daripada penduduk bahawa mereka mahu golongan ulama terus menerajui kawasan, seperti dilakukan Allahyarham,” katanya.

P/s: siapa politik kotor sekarang? cuba keluarga hang org buat camni, SUKA? GEMBIRA? puihh..
Read More..

Bintang Porno Jepun Pacari Pemain Bolasepak MU

  Headline
Bintang porno asal Jepun, Ameri Ichinose, dikhabarkan memiliki hubungan asmara dengan pemain bolasepak Jepun yang baru dibeli Machester United, Shinji Kagawa. Benarkah?

Di Jerman, isu Shinji memacari Ameri memang bukan khabar baru, meski Shinji tak mau menanggapi tiap kali ditanya soal hubungannya dengan bintang film dewasa itu. Setiap kali ditanya perihal hubungannya dengan Ameri, Shinji hanya tersenyum.

Hubungan Shinji dengan Ameri juga sempat dikutip oleh media terkenal dari asal Inggeris.

“Bintang kelahiran Kobe yang telah bermain 30 kali untuk pasukan kebangsaan Jepun ini dianggap sebagai anak baik. Shinji Kagawa sekarang dikaitkan namanya dengan model asal Jepun Ameri Ichinose,” tulis The Telegraph.

Hubungan Shinji dengan Ameri juga ramai di internet. Di Twitter, banyak yang membicarakan hubungan Shinji dengan Ameri.

@raj_red: hanya ingin tau pacarnya shinji kagawa siapa? Oh rupanya dia seorang bintang porno” tulis salah seorang penggemar Shinji, yang sepertinya dari India.

Hubungan Shinji dengan Ameri tentu saja membuat banyak orang terheran-heran. Kerana Shinji Kagawa dikenali sebagai pribadi pendiam, pemalu, dan selalu menutup hubungan peribadinya.

Sedangkan Ameri Ichinose (24) terkenal sebagai bintang “panas“ yang menjadi banyak pujaan kaum Adam berasal dari perfektur Kanagawa. Ameri mempunyai sejarah panjang di dunia film dewasa Jepun dan foto model panas. Belum terungkap bagaimana mereka bias menjalin hubungan ini

 menujuhijau
Read More..